TABUNG KECEMASAN, DI MANAKAH ANDA?
- Wan Azraei

- Jan 24, 2019
- 1 min read
Updated: Mar 26, 2019
Secara asasnya, Apabila membincangkan perihal pengurusan kewangan, sangat penting dalam mengusahakan tabung kecemasan terdahulu. Tabung ini perlu dijadikan sebagai prioriti utama sebaik sahaja aliran wang tunai anda adalah positif.
Kegunaan tabung kecemasan disediakan bagi perihal yang tidak jangkakan. Antara situasi - situasi yang tidak jangkakan :-
Kerosakan kenderaan atau bahagian dalaman rumah secara tiba-tiba, dibuang kerja, berhenti kerja, kos perubatan yang tidak ditanggung oleh takaful, dan lain - lain kecelakaan. Namun, tabung kecemasan juga boleh di jadikan sebagai harta pusaka tambahan kepada waris sekiranya berlaku kematian.
Sekiranya anda telah menggunakan wang dari tabung kecemasan. Apa yang penting ialah gantikan kembali wang tersebut dengan lebihan wang yang anda perolehi pada bulan berikutnya. Harus di ingat, tabung kecemasan sentiasa perlu DI PENUHKAN walau dengan apa cara sekalipun.
Mungkin anda tertanya - tanya, berapakah pula jumlah seharusnya ada dalam dana tabung kecemasan yang perlu disediakan?
Kebanyakan pakar kewangan percaya, kita perlu mempunyai wang yang secukupnya dalam tabung kecemasan untuk menampung perbelanjaan hidup sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan. Semakin banyak dana kecemasan yang anda sediakan, anda akan berasa lebih selesa dan lebib bersedia sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak di jangkakan.
Jadi di mana pula perlu meletakkan wang tabung kecemasan tersebut? Seelok-eloknya, simpanlah wang tersebut di kemudahan yang kalis inflasi seperti Tabung Haji atau ASB, Koperasi, menyimpan dalam bentuk komoditi seperti emas dan perak.Dan paling penting, jangan sekali-kali simpan tabung kecemasan dalam bentuk hartanah
PREMIER EXECUTIVE LIFE PLANNER
010-2986040





Comments