ANTARA KERETA, KAU DAN AKU
- Wan Azraei

- Jan 24, 2019
- 2 min read
Updated: Mar 26, 2019
Pada topik kali ini kita akan membincangkan secara ringkas di dalam panduan pengurusan kewangan dalam pembelian kereta.
Rule of thumb yang biasa digunakan dalam membeli kereta adalah dimana harga kereta mestilah bersamaan gaji setahun.
Harga = Gaji Setahun & Panduan Rule 20/5/10
Tak salah hendak beli kereta tapi ikut kemampuan dengan panduan: i) Harga kereta bersamaan 1 tahun gaji ii) 20% downpayment kereta iii) 5 tahun pinjaman kereta iv) 10% pendapatan untuk bayaran bulanan
Sebagai contoh, ini adalah top 5 kereta mampu-milik terbaik untuk fresh grads di Malaysia:-
1. Perodua Axia RM 25,000 2. roton Saga RM 30,000 3. Perodua Bezza RM 35,000 4. Proton Iriz RM 38,000 5. Perodua Myvi RM 44,000
Jika mengikut formula beli kereta supaya fresh grads tidak terjerat dalam kewangan kereta
Gaji RM 2,083 = Perodua Axia Gaji RM 2,500 = Proton Saga Gaji RM 2,916 = Perodua Bezza Gaji RM 3,166 = Proton Iriz Gaji RM 3,666 = Perodua Myvi
Namun perlu diingat ada 3 kos tersembunyi bagi pemilikan sebuah kereta sebab bukan ansuran bulanan sahaja yang perlu diambil kira.
1. Road Tax & Takaful Kereta.
Kebiasaannya road tax dan takaful kereta kereta lebih kurang RM 700 - RM 2000 ssetahun.
Assume kita ambil RM1200 contohnya, jadi setiap bulan kita perlu asing RM 100 sebagai persiapan untuk takaful kereta
2. Kos Maintenance
Kebiasaanya kos maintenance bagi kereta adalah minyak hitam dan tayar. Minyak hitam perlu ditukar 3-4 bulan sekali dan manakala tayar adalah 2 tahun sekali.
Harga minyak hitam berada dalam lingkungan RM 80 sehingga ke RM 150 dan tayar pula dalam RM 700 sehingga RM 1000 untuk 4 biji tayar.
biasanya untuk kereta adalah minyak hitam & tayar dimana minyak hitam ditukar 3-4 bulan sekali & tayar 2 tahun sekali Minyak hitam - harga dalam rm 80 ke rm 150 Tayar pula dalam rm 700- rm1000 untuk 4 biji tayar
3. Kos Minyak ,Tol & Parking
Untuk petrol, jika normal usage dalam RM 200- RM 400 sebulan bagi pergi dan balik kerja serta keluar hujung minggu
Untuk tol pula, bergantung pada tempat. Jika di bandar paling kurang rm 100 sebulan, diluar bandar mungkin tiada kos.
Untuk parking. Kalau bawa pergi kerja dalam letaklah dalam RM5 -RM 10 sehari. Kalau tak bawak letak sahaja RM50 sebulan on average.
Apa - apa pun rangcanglah kewangan anda dengan betul
PREMIER EXECUTIVE LIFE PLANNER
010-2986040





Comments